Tuesday, October 22, 2013

Petanda Dunia Akhir Zaman

Assalamualaikum.. pagi tadi ketika sarapan saya ada terbaca satu artikel bertajuk " Konflik Syria - Petanda Akhir Zaman ". Terkejut dengan apa yang dibaca kerana banyak persamaan dengan keadaan dunia sekarang. Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan salah satu tanda dunia akhir zaman suntingan dari http://www.eramuslim.com/hadits/turunnya-bencana-dan-siksaan-berat-dari-pemimpin-yang-zalim.htm#.UmXfp_lpmKg.

Rasulullah SAW memberitahukan bahwa di akhir zaman nanti dan sebelum munculnya Al Mahdi, umat akan ditimpa musibah besar, seperti cobaan dan siksaan yang berat yang dilakukan para pemimpin dan hakim yang zalim.

Mereka mempersempit ruang gerak orang beriman sehingga seseorang akan berharap dapat menempati seperti tempat saudaranya yang sudah meninggal agar terbebas dari cobaan, siksaan, kejahatan, dan kezaliman para pemimpin tersebut. Kondisi ini akan terus berlangsung hingga munculnya Al Mahdi untuk menghukum mereka. Ia (Al Mahdi) memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kebaikan, sebagaimana sebelumnya bumi telah dipenuhi dengan kezaliman dan pembunuhan.

Dari abu Sa’id al Khudri ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Akan turun kepada umatku di akhir zaman nanti cobaan yang dasyat dari pemimpin mereka. Belum pernah terdengar cobaan yang lebih dasyat darinya sehingga bumi yang luas itu terasa sempit bagi mereka karena bumi dipenuhi oleh kejahatan dan kezaliman. Seorang mukmin tidak mendapatkan tempat berpindah dari kezaliman itu. Kemudian Allah Azza wa Jalla mengutus seorang dari keturunanku. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Penduduk bumi dan langit ridha dengannya, dan bumi tidak menyimpan sesuatupun dari bikinya, kecuali mengeluarkannya. Begitu pula dengan langit, kecuali Allah menuangkannya ke bumi. Ia hidup ditengah tengah mereka selama tujuh, delapan atau Sembilan tahun agar senua yang hidup dan mati menikmati apa yang telah diperbuat Allah Azza wa Jalla terhadap penduduk bumi dari kebaikanNya.” (HR Hakim)

Sunan Abu Daud : Telah menceritakan kepada kami Muhammad Ibnul Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Mu’adz bin Hisyam berkata, telah menceritakan kepadaku Bapakku dari Qatadah dari Shalih Abu Al Khalil dari Sahabatnya dari Ummu Salamah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Akan terjadi perselisihan saat matinya khalifah, lalu seorang laki-laki (Al Mahdi) akan keluar dari Madinah pergi menuju Makkah. Lantas beberapa orang dari penduduk Makkah mendatanginya, mereka memaksanya keluar (dari dalam rumah) meskipun ia tidak menginginkannya. Orang-orang itu kemudian membaiatnya pada suatu tempat antara Rukun (Hajar Asawad) dan Maqam (Ibrahim). Lalu dikirimlah sepasukan dari penduduk Syam untuk memeranginya, tetapi pasukan itu justru ditenggelamkan oleh (Allah) di Al Baida, tempat antara Makkah dan Madinah.

Maka ketika manusia melihat hal itu, orang-orang shalih dari Syam dan orang-orang terbaik dari penduduk Irak membaiatnya antara rukun dan Maqam. Lalu tumbuhlah seorang laki-laki dari bangsa Quraisy, paman-pamannya dari suku Kalb, ia lalu mengirimkan sepasukan untuk memerangi mereka (orang-orang yang berbaiat kepada Al mahdi) namun mereka dapat mengalahkan mereka (pasukan yang dikirim oleh lelaki Quraisy dari suku Kalb).

Alangkah ruginya orang yang tidak ikut serta dalam pembagian ghanimah perang melawan suku Kalb. ia (Al Mahdi) lalu membagi ghanimah, dan membina manusia dengan sunnah Nabi mereka shallallahu ‘alaihi wasallam dan menyampaikan Islam ke semua penduduk bumi. Ia berkuasa selama tujuh tahun, kemudian wafat dan dishalati oleh kaum muslimin.”

Abu Dawud berkata, “Sebagian mereka menyebutkan dari Hisyam, ” selama sembilan tahun.” Dan sebagian yang lain menyebutkan, “Selama tujuh tahun.” Telah menceritakan kepada kami Harun bin Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Abdu Ash Shamad dari Hammam dari Qatadah dengan hadits yang sama. Beliau mengatakan, “sembilan tahun.” Abu Dawud berkata, “Selain Mu’adz menyebutkan dari Hisyam, “selama sembilan tahun.” Telah menceritakan kepada kami Ibnul Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Amru bin Ashim berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Al Awwam berkata, telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Abu Al Khalil dari Abdullah bin Al Harits dari Ummu Salamah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seperti hadits ini, namun hadits Mu’adz lebih lengkap.”

-Asyrath As Sa’ah Al’Alamat Ash Sugra wa al wustha-Mahir Ash Shufiy-

Tuesday, April 30, 2013

kaki berantai berwajah khinzir


Seorang wanita tua berkongsi pengalaman beliau tentang sebuah kisah menyayat hati yang disaksikan suatu ketika dahulu. Cerita tersebut aneh dan menginsafkan kerana ia tentang seksaan Allah terhadap seorang anak yang derhaka kepada ibunya sendiri. Ia diceritakan olehNek Mariam. Begini ceritanya: 

Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu. Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya.

Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya. Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah. Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing.

Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela. Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu. Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan.

Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya. Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara. 

Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian- pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak babi. "Ala, bukan nak makan babi tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat...." Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan. Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya. "Binatang babi! Binatang anjing!" kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata.

Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona. Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu. Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam. Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu. Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah.

Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat. Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata "Oi babi,anjing, beruk! Tak boleh harap .... menyusahkan orang, celaka!" Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar. Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya. Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta. 

Ibu mana yang tidak sayangkan anak....dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu. Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya. Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah. "Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya. Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu....," jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah yang maha esa itu.

Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya. Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak henti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan. Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa. Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu. "Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka," sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.

Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir- gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi. "Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung- raung dari arah liang lahat. "Mak ooiii.....!! Ayah ooiii!! Tolonglah...! Allah Tuhanku....minta tolong...! Mak...ayah...tolonglah!" suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti," cerita Nek Mariam lagi.

Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa. Kepalanya menjadi kepala seekor babi! Masya Allah.... Ramai orang menyaksikannya ....satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu....

Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata: "Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam...." menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu. "Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa. Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf....Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak..." Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua.. 

# semoge menjadi pengajaran untuk kite sume. . sharing is caring. . :)

Wednesday, January 23, 2013

salam maulidur rasul

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

21:107
Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107)

Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”



TUJUAN SAMBUTAN

1. Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3. Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4. Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
  • Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.
33:21
Allah SWT berfirman: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia juga menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab, ayat 21).



AMALAN SUNAT MAULID NABI

Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebh baik kita melakukan;

1. Puasa sunat
2. Mandi sunat
3. Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4. Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5. Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6. Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7. Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:
  • Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
  • Syarahan sirah Nabi
  • Forum agama dan perpaduan
  • Marhaban
  • Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

FADILAT MAULIDUR RASUL

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

1. Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.
3. Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:
  • Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
  • Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
  • Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
  • Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
  • Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
4. Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan:

Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.

5. Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

6. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

7. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

8. Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tuesday, August 7, 2012

kelebihan 30 malam solat terawih


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebaga keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


:: danny ashraff

Wednesday, August 1, 2012

bb vs iphone vs galaxy

salam. .  skunk ramai yg minat BB, Iphone or Samsung galaxy
so. . nk share skett compare sal hp2 nih. .


:: danny ashraff

Tuesday, July 31, 2012

salam ramadhan


Ramadhan al-Mubarak, bulan kesembilan dalam kalendar Islam yang dinyatakan Allah sebagai bulan penuh kemuliaan. Seperti yang dimaklumi, pada bulan inilah Allah menurunkan al-Quran, mengampuni dosa serta meninggikan darjat hamba-Nya. Pada setiap malam dalam bulan ini, Allah membebaskan banyak jiwa daripada Api Neraka. Syaitan diikat dan dirantai. Pintu Neraka ditutup sementara pintu Syurga dibuka seluasnya.


Ramadhan al-Mubarak seharusnya mendidik kita untuk berjimat cermat namun sesetengah daripada kita mengeluh kerana terlebih berbelanja. Berlapar dan dahaga seharusnya menginsafkan kita dengan nasib malang si miskin namun pelbagai santapan dan juadah akhirnya melekakan kita.

Selepas diperintahkan untuk berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, Ramadhan al-Mubarak adalah kesempatan bagi kita untuk mengurangkan pengambilan makanan setiap hari. Namun, fenomena berbuka puasa di kalangan masyarakat kita ialah makan untuk menebus lapar di siang hari. Lalu makanan diambil secara berlebihan di waktu malam sehingga perut menjadi terlalu kenyang dan malas untuk bersembahyang.

Walhal malam sepanjang Ramadhan al-Mubarak adalah insentif untuk melakukan ibadat. Orang Islam diharap dapat mengurangkan makanan pada bulan ini supaya mereka dapat bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat, bersolat jemaah, berterawih dan Qiyamulail. Jika kita sentiasa terlepas terawih dek kerana perut terlalu kenyang maka masihkah Ramadhan memiliki keistimewaannya lagi?

Ramai juga di kalangan kita yang mengaitkan Ramadhan al-Mubarak dengan tidur dan bermalas-malasan. Mereka berdalil dengan hadis yang lemah iaitu 'tidurnya orang berpuasa itu ibadah.' Lantas sebahagian besar waktu dihabiskan untuk tidur dan berehat. Walhal masa itu sepatutnya digunakan untuk bekerja, beribadat seperti membaca al-Quran dan mencari ilmu.

Ketika hayat Rasulullah s.a.w, Ramadhan al-Mubarak merupakan bulan penuh kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk mencari keberkatan. Ini sangat berbeza dengan realiti sesetengah daripada kita yang memandang Ramadhan sebagai bulan untuk berehat, memenuhi selera makan serta bermewah-mewah dalam berbelanja. Seharusnya, apa saja ibadat dan urusan yang kita lakukan dalam bulan ini, realitinya adalah untuk mencari keberkatan daripadanya. Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. semoga kite sume diberkatinya. . _danny ashraff
رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ
Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).
(Surah ad-Dukhan 44: Ayat 7)

Sunday, June 24, 2012

kelebihan susu ibu

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le....

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.
Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !
:: danny ashraff

Tuesday, May 8, 2012

Arak punca kejahatan


Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamar tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya. Kerana itulah hindarilah khamar, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

:: danny ashraff

Tuesday, April 10, 2012

Jenazah berubah


Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain. "Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah s.a.w. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah s.a.w. 

Maka datanglah sendiri Rasulullah s.a.w. ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah s.w.t. sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah s.a.w. menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w. menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

:: danny ashraff

Percakapan Nabi Musa a.s. dengan Allah s.w.t.

Musa a .s.: Oh Tuhan, ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir dan berdo'a kepada Engkau.
Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah ha Musa.
Musa a.s.: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.
Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah, nescaya masih beratLaa Ilaaha Illallaah.

Kata Hikmah :
1. Kisah ini diambil dari hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.
2. Nilai Laa Ilaaha Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh penghuninya.
3. Langit itu berpenghuni.
4. Bumi itu tujuh lapis sebagaimana langit.
5. Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illallaah.

:: danny ashraff