Saturday, December 31, 2011

dosa meninggalkan solat

salam sume. .di kempatan ini tak lupa jgk nk sampaikan selamat tahun baru 2012
semoga korang dapat tanam azam baru dan lakukan dgn penuh tekad di mase mendatang. .amin. .Insya~Allah
hari nih saye nk share something yang sngat2laa berguna . .
iaitu solat. .! so sape2 yang still lagi tinggal solat bolela berazam untuk istiqomah dalam solat. .Insya~Allah. .


DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:


Sembahyang Subuh

~Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.


Sembahyang Zohor

~Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam


Sembahyang Asar

~Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)


Sembahyang Maghrib

~Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.


Sembahyang Isya'

~Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

~enam perkara di atas dunia
~tiga perkara sewaktu hendak mati
~tiga perkara sewaktu di dalam kubur
~tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Enam perkara seksaan di atas dunia
-Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
-Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
-Tiada dipelihara baginya agama Islam
-Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
-Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
-Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

Tiga perkara sewaktu hendak mati
-Dimatikan dalam kehinaan
-Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
-Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur
-Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
-Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
-Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"

Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan. .

:: terima kasih Allah





Thursday, December 29, 2011

sENyuM (:

skunk makin ramai orang yang susah nk senyum. .
seperti berikut :
 lelaki : biar nampak garang, gangster
perempuan : nk nampak ego, jual mahal
isk3 . .pdahal banyak manfaatnya tau
sampai lagu pun ad pasal senyum nihh. .
today, nk share pasal senyum pulakk. .
biar korang asyik senyum jeq 24jam . .hehehe

cute kan. .?



1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

15. Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.

Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.

Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.

:: terima kasih Allah

minuman berkafein

salah satu faberet nihh. .dalam sehari mesti minum. .
pagi2 lagilaa. .segar jeq kan. .?
 kafein nih ade keburukannya tp ade jugak kebaikan dia
biasalaa. .da adat kehidupan tak ade perkare yang sempurna. .
kat sini saya nk share something yg berharga bg yang menghargainya. . (:

minnie coffee

espresso coffee



Kafein adalah sejenis bahan kimia perangsang. Rasanya agak pahit. Ia terdapat dalam air kopi dan nescafe. Berikut adalah fakta mengenai Kafein.
Fakta 1: Kafein wujud dalam 6o jenis tumbuh tumbuhan. 2 per tiga masyarakat dunia menggunakan kafein dari sumber itu.
Fakta 2: Kafein meningkatkan tenaga. Mampu memberi daya senaman badan yang efektif dan ketahanan otot yang tinggi untuk seseorang atlit dalam tempoh masa yang panjang.

Fakta 3: Kafein mampu memecahkan lemak terkumpul dalam badan. Ia merangsang otot untuk memecahkan lemak sebagai sumber tenaga.

Fakta 4: Kebanyakan individu yang meminum minuman berasaskan Kafein akan bekerja dengan lebih baik. Fakta ini popular.

Fakta 5: Kafein meningkatkan pemikiran yang positif (positive instinct) kepada seseorang berikutan aras hormon dopamine meningkat di otak.

Fakta 6: Kafein membolehkan otak berfikir dengan lebih jelas. Ia juga merangsang sistem saraf manusia. Dengan itu, tahap tumpuan kepada sesuatu juga dapat ditingkatkan. Contohnya, tumpuan terhadap pelajaran atau perbualan. Peringatan, jangan minum minuman berasaskan kafein sebelum tidur. Anda pasti tidak boleh tidur kerana sistem saraf terpaksa 'bekerja' dek pengambilan kafein.

Fakta 7: Kafein dapat membaiki kulit yang rosak akibat sinaran UV matahari.

Fakta 8: Kafein meningkatkan kualiti kesukanan seseorang atlet sukan berikutan pelepasan hormon adrenaline yang banyak.

Fakta 9: Kafein dapat menghalang akar rambut rosak. Rambut selalu rosak disebabkan hormon dihydrotestoterone (DHT)

Fakta 10: Kafein perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana (300 mg). Jika berlebihan, ia akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap badan.



:: Terima Kasih Allah




Wednesday, December 28, 2011

Muslimah



Muslimah atau perempuan same ke?
memangla same dari rohaniahnye tp batiniah laen tau
ramai orang xtaw camane nk beza
satu perbezaan yg besar tau?
wanita non-muslim pon perempuan,
lebih tepat lagi perempuan adalah jantina. .hehehe
tp muslimah ini cukop berbeza
keturunan kaum hawa yang cukop hebat
tp ramai yg tak sedar kehebatan mereka. .hurmm
so, sedarla lepas bace ape yg tertera di bawah oke
Insya Allah. .amin

16 hadis Rasulullah SAW tentang muslimah

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih daripada lelaki, ketika ditanya kepada Rasulullah SAW tentang hal tersebut, jawab baginda SAW, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia "
2. Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah AWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus 1000 kejahatan.

            3. Apabila seorang perempuan sakit hendak bersalin maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah), hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.W.T., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.W.T, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.W.T., "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

:: Terima Kasih Allah

Tuesday, December 27, 2011

Bomba Dan Penyelamat Malaysia


Bomba Dan Penyelamat Malaysia

sume orang kenal
diorang nih kerje xkire waktu
malam ke ape ke
tp dorang tetap bantu sesiape yg memerlukan
memang banyak berbakti dan pahala diorang nih
semoga dorang dirahmati atas keje murni tuhh
dorang jugak komited jalankan tugas tau
name pon penyelamat kan. .
terbaeq arrhh!!


:: Terima Kasih Allah

saje2 kott

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
hurmm,, da lme kot xupdate
xtawla nk tulis apee
papepon harap anda sehat walafiat hendaknye
bukan xmau update
tp xmau or malas nk on9 kott
bermula skunk akan sentiase di update kott
InsyaAllah. .


:: Terima Kasih Allah