Wednesday, December 28, 2011

Muslimah



Muslimah atau perempuan same ke?
memangla same dari rohaniahnye tp batiniah laen tau
ramai orang xtaw camane nk beza
satu perbezaan yg besar tau?
wanita non-muslim pon perempuan,
lebih tepat lagi perempuan adalah jantina. .hehehe
tp muslimah ini cukop berbeza
keturunan kaum hawa yang cukop hebat
tp ramai yg tak sedar kehebatan mereka. .hurmm
so, sedarla lepas bace ape yg tertera di bawah oke
Insya Allah. .amin

16 hadis Rasulullah SAW tentang muslimah

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih daripada lelaki, ketika ditanya kepada Rasulullah SAW tentang hal tersebut, jawab baginda SAW, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia "
2. Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah AWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus 1000 kejahatan.

            3. Apabila seorang perempuan sakit hendak bersalin maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah), hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.W.T., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.W.T, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.W.T., "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

:: Terima Kasih Allah

No comments:

Post a Comment